Tuesday, April 14, 2015

Lamb haneth

Minggu lepas pergi ladang ternak kambing kat kuang....beli 4 kg kambing fresh dengan harga 35 sekg. Saya pilih bahagian kaki semuanya...
Malam tadi plan masak nasi arab sebab ada stok kambing...saya guna resepi nasi haneth unta lydia honey.... Kambing tu saya dah rebus malam...pagi tinggal masak nasi, bakar kambing dan buat salsa jer. 
Nasi saya warna merah menyala sebab terlebih bajet pewarna merah...nak buang saya sudahnya saya tuang jugak semua...huhuhu...scary tengok warnanya...
Nasi 
2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan
2 tbsp garam selam 30 minit dan toskan (saya guna pusa cream)
1/2 camt yellow food coloring#
1/4 camt red food coloring#
1 kuntum bunga cengkih*
1/2 camt cardamom powder..kalu tak de letak 2 biji cardamom pod jer*
1 btg kulit kayu manis*
1 camt cumin powder*
1/3 camt cumin seeds*
1/3 tsp Arabic mixed spices
3 tbsp minyak masak
2 camb ghee
1/2 tsp rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras kan..(1 cawan beras : 1 1/4 cawan air + sup)
Panaskan minyak dan ghee dalam periuk. Masukkan bahan bertanda dan tumis sekejap hingga naik bau. Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas secukupnya. Biar di atas api besar dan tutup dengan penutup periuk. Biar hingga benar- benar mendidih. Masukkan yellow food coloring dan kacau sedikit. Tutup periuk semula dan biarkan hingga separuh kering. Perlahankan api. Campurkan rose water bersama sedikit yellow dan red food coloring. Tuangkan di atas nasi gemburkan sedikit dan tanak seperti biasa hingga nasi masak dengan api yang paling perlahan selama 15 minit. Padamkan api dan biarkan selama 5 minit baru digembur sedikit dengan garfu.
Sup
750 g daging unta (tanpa tulang)
2 pcs bay leave
1 inch halia- diketuk sikit
1 biji bawang besar- belah 4
2 ulas bawng putih – diketuk sikit
1 btg cinnamom stick
5 kuntum bunga cengkih
1/2 camt cumin powder
1/4 camt cardamom powder
1/2 camt black paper
1/2 camtcoriander powder
1 biji fresh tomato- buang kulit dan di dadu besar
Air secukupnya untuk merebus daging
Masukkan semua bahan ni dalam pressure cooker, rebus hingga daging benar- benar lembut dan empuk. Last sekali masukkan garam dan rebus lagi selama 5-7 minit. Asingkan daging unta dari supnya, taburkan daun sup serta bawang goreng dan ketepikan
Daging kambing 
2 camb cumin powder*
1/2 camt serbuk kunyit*
1 camt coriander powder*
1 camt Arabic mixed spices*
garam secukup rasa*
2 camb air sup/rebusan
2 camb minyak masak aluminium foil
Campurkan kesemua bahan bertanda* hingga sebati. Di atas aluminium foil, lumurkan pada daging  yang direbus tadi hingga sebati.(aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok).. Masukkan air sup/ rebusan di atas daging unta. Tuangkan minyak di atasnya dan tutup aluminium foil rapat- rapat dengan mengelimkan kesemua bahagian. Bakar dlm oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selama 10-15 minit jer. 

Maraq
1 biji bawang besar sederhan- di dadu kecil 
2 ulas bawang putih- dadu kecil 
100 ml tomato paste 
1/3 cmt Arabic mixed spices 
1/4 cmt cumin powder Pinch of cardamom 
1-2 cmb minyak masak 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa 
1 kiub pati ayam/lembu/kambing MAGGI Sedikit fresh coriander untuk tabur 
Sayur pilihan (kentang* @ carrot* @ terung*-dadu medium @ bendi @ kacang buncis)- ikut taste U olls la 
Tumiskan bawang hingga naik bau. Masukkan tomato paste, Arabic mixed spices, cardamom dan cumin powder. Goreng selama 1-2 minit dan masukkan air serta syuran pilihan anda. Bila sayuran dah masak/ empuk masukkan garam dan kiub MAGGI. Renehkan selama 5-7 minit dan taburkan sedikit fresh corainder jika ada dan tutupkan api. Sedia untuk di hidangkan.. Salsa tomato- lupa snap gambar gak 1 biji fresh tomato- buang kulit 1 biji bawang besar- medium saize 1 ulas bawang putih 1 biji capsicum hijau/ cili hijau/ cili api-ikut suka kalu nak pedas Jus lemon ikut kemasman yg di ingini Garam secukup rasa Blend semua bahan hingga hancur dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. 
Note:- Nampak jer susah dan renyah..tapi percayalah sedap dan senang kalu ikut steps saya ni.. 
1)rebus daging/sup..sementara tunggu daging empuk prepare… 
2)nasik.. sementara tunggu nasik masak prepare… 
3)maraq.. sementara tunggu maraq masak prepare… 
4)salsa 
5)bila semua dah ok bakar daging jap dalam oven..

Saya tak buat maraq....hidangkan hirisan bawang ngan timun jer dengan salsa tomato


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...