Friday, April 3, 2015

Kuih tepung talam gandum

Mengukus kuih malam ni untuk bekal kelas renang besok pagi. Dapat dua loyang....satu dah terkorban malam ni....belum sejuk betul dah potong jadi kurang jelita potongannya.


Nak senang keluarkan dari loyang, saya alas plastik. Tapi acuan biru tu saya sapu minyak jer lar..... Yang dikukus dlm acuan biru tu permukaannya lebih rata...esok baru nak kuarkan dan potong...harapnya senang nak keluar....jangan melekat sudah.

Sumber resepi saya kali ni ialah fb Jom Belajar Buat Kek.

Resepi Tepung talam gandum

Lapisan Bawah:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir (saya guna 1 1/3 cawan)
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau (saya tak letak)

Cara - cara:
1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.
* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.



Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Cara - cara:
1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. terima kasih atas resepi. menjadi saya buat wlupn gna santan kotak.. puas mkn.. dpt 2 loyang.. keras elok je.. kalau nk lembik sikit, kurgkn tepung je.. Jazakallahu qairan kasiro..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...