Thursday, May 4, 2017

Spaghetti Oglio e olio


Serba ringkas sarapan pagi ni. Nak masak nasi lemak tapi malas nak buat sambalnya sebab malam tadi tak sempat nak sediakan bahan. Subuh2 ni nak mudah2 aje. Masak campak2 gitew kekdahnya. Asalkan anak2 ada sarapan dan bekal ke sekolah.

Anak2 pun suka pasta2 nih....walaupun ada darah jawa mengalir di dalam badan mereka tapi selera omputeh tu tetap berbunga di tekak mereka. Hehehe....gitu le generasi sekarang....banyak beno pengaruh jamie oliver, racheal, ramsay, nigella dan lain2.....tu yang selera pun dah berubah...

Tapi apa2 pun, janji nak makan...masakan negara mana pun ummi sanggup suba, try, test masak.


Jenis pasta yang paling anak2 saya gemari ialah angle hair....pastanya lembut dan mudah budak2 nak makan. Macam ala2 bihun gitew.


Spaghetti oglio e olio
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2

500 gm spaghetti
6 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 cawan minyak zaitun
1/4 sk cili kering (flake - serbuk kasar tu) atau ikut citarasa
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ( lada hitam yg tumbuk sendiri yer bkn yg dah siap kisar tu kalau nak sedap la)
1/4 cawan Italian parsley dicincang - takde stok la pulak
1 cawan parutan Parmigiano-Reggiano cheese atau ada resepi guna parmesan cheese jer - saya tak letak sebab malas nak parut....

Saya tambah

1 sk  daun basil (flake)
1 biji bawang holland cincang
1 paket cendawan butang segar (saya guna brown)
1/2 cawan cendawan jelly potong kecil (kali ni tak letak)
1/2 biji cili benggala hijau potong kecil (kali ni tak letak)
1 biji cili merah hiris kecil - kalau ada cili benggala merah dan kuning lagi menarik

Udang dan sotong secukupnya (kalau nak letak isi ayam pun ok)


Cara2

Rebus spaghetti hingga lembut dalam air mendidih yg telah diletak sedikit garam. Kacau sekali sekala. Toskan. Ketepikan.

Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun hingga naik bau dan keperangan. Masukkan udang dan sotong dan  kacau dan biarkan masak. Masukkan bahan2 lain dan kacau seketika. Tutup api dan masukkan spaghetti. Gaul sebati, masukkan dalam mangkuk, tabur cheese dan hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...