Monday, May 22, 2017

Lamb Kabsa


Jumaat mandy sabtu kabsa.....penangan nasi arab ZLC. Alhamdulillah. Tak sempat nak platting bagai...almaklumlah rumah orang dan badan pun tak larat.


Sebahagian tetamu istimewa tuan rumah....pelajar tahfiz mutqan setia alam

Nasi kabsa
Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan:

1 kg lamb shoulder - potong kiub

3 pot/cwn beras pusa/basmati~ cuci dan rendam 30 minit, toskan

4 pot/cwn @ secukupnya air panas/kuah kambing

2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (@ saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam/kambing dan masak sehingga ayam/kambing masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Orang kuat.....takde dia tak siap nasi arab.

**sukatan air ni bergantung pada jenis beras dan ambil kira air dari kuah masak lauk tu

*****saya pula masak ayam dalam periuk lain. Beras yang direndam dan ditos, masukkan dalam periuk nasi elektrik.  Taburkan karot, capsicum, cili merah dan kismis. Masukkan ayam atau kambing. Sukatan air/kuah ayam dan masukkan dlm periuk beras. Kalau kuah ayam tu tak cukup saya tambah dengan air panas.

Salsa

1 biji tomato ~ hiris
1 biji bawang besar ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:~

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...