Tuesday, May 23, 2017

Roti Sosej


Projek malam tadi. Menu sarapan dan bekal anak2. Lama dah tak buat roti sosej ni....setahun lebih rasanya tak buat. 



Resepi roti sosej @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

500 gm tpg roti
10 gm yis
5 gm improver
50 gm butter/margerin/minyak zaiton
300 ml air ais + 3 sb susu pekat.
40 gm gula
8 gm garam
Sosej secukupnya (celur dan tos)

Bijan untuk hiasan

Cara2nya

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. (kadang saya tak perap pun doh ni....lepas siap uli terus bahagi dan masukkan dalam loyang) Tumbuk doh. Bahagikan adunan. Dah siap bentuk,  masukkan dalam paper cup. Letak sosej.


Biarkan naik tiga/empat kali ganda atau proof 60 minit atau 90 minit (ikut suhu masa tu....kalau cuaca sejuk, masa proof lebih lama). Paipkan mayonis dan sos.

15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 170 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Dah siap bakar. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas rak dawai. Kemudian bila dah sejuk boleh la simpan dalam bekas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...