Tuesday, May 9, 2017

Telur Bistik


Telur bistik.....menu mudah lagi menarik. Bila sekali buat biasanya saya akan sediakan sambal daging tu lebih skit. Nanti dua tiga hari ulang menu sama....😉😉😉. Bulan2 puasa ni, kalau masa kecemasan....lewat sampai rumah, atau ada tetamu mengejut atau nak balas pinggan jiran mudah kalau sambalnya dah siap....tinggal nak dadar telur jer..


Telur bistik

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 sb cili kering kisar
1/4  cawan mix vege
 1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
2 helai daun limau purut - carik2kan
2 biji tomato cincang
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Hirisan daun ketumbar dan cili merah buang biji dan dadu kecil untuk hiasan (jika suka)

3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise


CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga harum dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan daging cincang. Tumis hingga airnya hampir kering. Masukkan sos ikan, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata. Masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, daun limau dan tomato cincang, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.

Satukan telur dengan mayonnaise. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.

Tuang sambal daging cincang atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun ketumbar dan cili merah yang didadu kecil tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...