Friday, May 26, 2017

Roti Sarang Lebah


Hasil semalam. Sambil bakar dua biji kek mentega alunan kasih dan marble.....sambil tumis rempah kari.....sambil BM adun roti. Memang tak menang tangan semalam dan subuh tadi. Hasilnya selain 2 biji roti sarang lebah ni kari ikan, sambal jawa, pucuk ubi dan terung rebus, serta 2 bijik kek siap.

Seketul roti saya bekalkan untuk anak sulung yg ada jamuan kat sekolah. Satu lagi untuk sarapan dan bekal anak2 yang lain. Roti ni walaupun kekurangan bahan serta menggunakan hanya tepung gandum sebab stok tepung roti dah kehabisan, hasilnya tetap lembut gebu. Alhamdulillah.

Roti Sarang Lebah
Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan

500 gm tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
290 ml air ais
2 sb susu pekat
50 gm gula
5 gm garam
30 gm susu tepung
50 gm mentega
10 gm yis

Bahan sapuan sebelum bakar - telur + susu segar
Kekacang pilihan

Cara-cara

1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.

2. Campurkan tepung, garam, gula dan susu tepung. Buat kolam tengah2.

3. Curahkan semua campuran susu pekat, yis dan air ke tengah2 kolam tepung.

4. Boleh terus uli sampai sebati.

5. Masukkan butter, uli lagi sehingga elastik dan doh kelihatan licin dan tidak melekat ditangan.
Boleh juga guna breadmaker atau mixer untuk penyediaan doh.

6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8".

7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu + telur untuk melekatkan kekacang. Boleh la dibakar.

8. Selepas dibakar, keluarkan dari loyang dan siram dengan sos karamel.

Resepi sos karamel ZLC

1 cawan gula perang
1 cawan whip cream
2 sb mentega

masak gula perang hingga cair dan perang gelap (mcm nak buat kek gula hangus tu)

Perlahankan api dan tuangkan cream sedikit2. Hati2 sebab gula akan meletup2.

Kacau hingga gula larut.  Kacau sebati dan masak hingga agak pekat. Tutup api dan masukkan memtega. Kacau hingga mentega cair.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...