Friday, May 26, 2017

Kek alunan kasih


Salah satu menu majlis tahlil di Office. Kek ni ditempah oleh kawan pejabat.....minta potongkan siap2. Jadi boleh lah possing maut sikit. Kalau tidak takde la posting kek alunan kasih kali ni.


Kek alunan kasih @ ZLC

Bahan-bahan

300 gm mentega
6 biji telur gred A
3 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
3 sudu kecil baking powder
1 3/4 cwn gula halus
150 ml susu segar/cair
1 sb esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula smpai kembang
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang

Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit
Bahagikan tiga bahagian..campurkan pewarna merah jambu, kuning dan biru.

Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan kuning..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Masukan lapisan kedua..warna pink..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua

Masukan lapisan ketiga..warna biru..ratakan perlahan2.

Bakar lebih kurang 45min..170 Degree atau ikut oven masing2…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...