Sunday, May 28, 2017

IFTAR 2 RAMADHAN : PAJERI TERUNG


Pajeri terung pilihan saya kali ni...melengapkan hidangan nasi tumis dan ayam masak madu untuk iftar 2 ramadhan. Terung yang dibeli 2 minggu lepas masih belum terusik. Jadi memang perlu diusahakan sesuatu.

Saya peminat pajeri....tak kira samada terung, kedondong atau nenas. Cuma pajeri rambutan jer masih belum sempat saya cuba.


Pajeri terung
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

1 kg terung ungu saiz kecil - cucuk sedikit
Segemgam kismis (optional)
3 sb kerisik

*Segenggam udang kering (ada orang yg masuk terus tak tumbuk pun)
*2 inci halia
*2 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih

3 sb rempah kari daging

**5 biji buah pelaga
**5 kuntum bunga cengkih
**2 kuntum bunga lawang
**1 batang kulit kayu manis

2 cawan santan pekat
3 biji cili merah dibelah (optonal)
Air secukupnya
Garam dan gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis

---------

Kisar * hingga hancur.  Tumis * dan ** hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. Kacau selalu. Masukkan  air dan kacau sebati. Masukkan terung dan kerisik. Masak hingga agak pekat dan terung lembut  perisakan dengan garam dan gula melaka (masakan ni manis - saya gunakan 1 1/2 ketul gula melaka leper tu.).

Masukkan santan pekat, kacau sebati dan masak hingga kuah agak pekat. sebelum tutup api tu masukkan kismis dan cili. gaul rata dan masakkan seketika.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...