Monday, May 1, 2017

LAKSA


Bila teringin pepagi dah siap masak laksa nih... Ni projek terbengkalai semalam. Ikan dah siap rebus dalam preasure cooker selama 50 minit...kalau nak ikutkan dah senang kerja tak perlu perisi..boleh kisar terus. Tapi malas sesangat rasanya semalam. Dah malam ikan tu dalam peti ais.

Lepas subuh barulah sambung proses. Jadilah sarapan pagi laksa pagi ni......ermmmm sedap...


Laksa @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

1 kg ikan selayang - rebus dengan 5 keping asam keping dan asingkan isi dengan tulang2nya. Kisar isinya dulu menggunakan air rebusan dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian kisar tulang dan kepalanya, tapis dan masukkan patinya ke dalam periuk.

Bahan lain

5 keping asam keping (boleh tambah kalau tak cukup masam)
15 biji cili kering (ikut citarasa nak pedas boleh tambah) kisar bersama
1 biji bawang besar
2 inci belacan (bakar)

Masukkan ke dalam periuk. Dan masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan

Secekak daun kesum dan sekuntum bunga kantan belah 4.

Perisakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah sedikit pekat (ikut citarasa)

Bahan2 pelengkap

1 paket laksa (terpulang nak guna yang basah atau kering) - celur lembut


Hiris

Daun salad
Timun
Bawnag besar
Cili

Limau kasturi - belah 2
Daun pudina (optional)
Telur rebus
Petis (optional)

Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah. Taburkan bahan2 hiris.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...