Tuesday, May 9, 2017

Matcha and wholemeal roll

Roti gulung teh hijau dan wholemeal. Sedap dan berkhasiat lagi. Buat malam tadi untuk sarapan pagi dan dan bekal anak2 ke sekolah.



Resepi roti gulung green tea dan wholemeal  @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Doh matcha

Bahan2nya

500 gm tpg roti
10 gm yis
5 gm improver
50 gm butter/margerin/minyak zaiton
300 ml air ais + 3 sb susu pekat.
40 gm gula
8 gm garam
10 gm serbuk green tea (ada dijual dibakery)

Cara2nya

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. (kadang saya tak perap pun doh ni....lepas siap uli terus bahagi dan masukkan dalam loyang) Tumbuk doh. Bahagikan adunan.

Doh wholemeal

Bahan2nya

400 gm tpg roti
100 gm tepung wholemeal
10 gm yis
5 gm improver
50 gm butter/margerin/minyak zaiton
300 ml air ais + 3 sb susu pekat.
40 gm gula
8 gm garam


Cara2nya

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. (kadang saya tak perap pun doh ni....lepas siap uli terus bahagi dan masukkan dalam loyang) Tumbuk doh. Bahagikan adunan.

Leperkan satu bahagian doh matcha dan wholemeal. Lapisan kedua2 doh dan gulung. Potong 2 dan susun dalam loyang atau buat roti loaf.

Dah siap bentuk, biarkan naik tiga/empat kali ganda atau proof 60 minit atau 90 minit (ikut suhu masa tu....kalau cuaca sejuk, masa proof lebih lama). Spray permukaan dengan air dan tabur bijan.

15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 170 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Dah siap bakar. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas rak dawai. Kemudian bila dah sejuk boleh la simpan dalam bekas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...