Thursday, May 4, 2017

Roti lagi - burger telur


Sarapan pagi dan bekal ke destinasi masing2. Burger saiz besar....roti homemade la katakan....suka2 hati jer lah nak.buat besar mana pun. Doh pun saya tak timbang sebab malas. Nak makan sendiri jer...jadi ikut la nak saiz kecik besar. Tepung roti dah habis, jadi guna tepung gandum jer.... Alhamdulillah kejadiannya memberansangkan.



Yang dalam gambar ni bekal saya ke pejabat. Puas hati macam ni....sayur macam2 ada...banyak mana nak letak pun takde yang nak kena bayar extra.  Saya letak sauté onion n mushroom.....timun, lettuce, tomato....cream cheese...sos......lengkap dah...protien ada, karbohidrat ada....serat pun banyak..... Mana tak bambam......


Resepi roti ni dah tepek banyak kali...tapi nak memudahkan pengunjung, saya tepek lagi dan lagi....jgn jemu tau.

Resepi roti burger @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

500 gm tpg roti
10 gm yis
5 gm improver
50 gm butter/margerin/minyak zaiton
300 ml air ais + 3 sb susu pekat.
40 gm gula
8 gm garam

Bijan untuk hiasan

Cara2nya

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. (kadang saya tak perap pun doh ni....lepas siap uli terus bahagi dan masukkan dalam loyang) Tumbuk doh. Bahagikan adunan. Dah siap bentuk, biarkan naik tiga/empat kali ganda atau proof 60 minit atau 90 minit (ikut suhu masa tu....kalau cuaca sejuk, masa proof lebih lama). Spray permukaan dengan air dan tabur bijan.

15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 170 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Dah siap bakar. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas rak dawai. Kemudian bila dah sejuk boleh la simpan dalam bekas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...