Tuesday, May 30, 2017

Menu Iftar 4 Ramadhan : Nasi Goreng Pataya


Macam2 teringinnya bulan posa ni....ayam korea la....nasi thailand la....ermmmmm....esok apa pulak yanv diorg teringin yer. Takpe la...selagi terdaya....layannnnnnzzz. Nanti kalau dah tak larat...ummi gorengkan telur jer....hehehe.


Nasi goreng cendawan pattaya @ ZLC

2 pot nasi sejuk
1 biji bawang holland cincang halus
1 sk serbuk lada hitam/putih
3 sb sos tiram
250 gm cendawan tiram
Isi ayam atau udang (nak letak perencah lain pun boleh)
1 batang karot potong kecil2/dadu atau sayuran pilihan
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan lada hitam dan sos tiram. Kacau seketika. Masukkan perencah pilihan (isi ayam/udang/fish ball dll). Masukkan katot. Kacau rata dan biarkan seketika hingga perencah masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Kacau dalam 5 minit. Kemudian masukkan cendawan dan perisakan dengan garam secukupnya.Bila cendawan dah masak tutup api.

Kulit pattaya (telur dadar)

6 biji telur
1/4 cawan air
3 sb mayonis

Pukul sebati.
Panaskan pan. Tuang sedikit minyak. Tuangkan adunan telur secukupnya dan layang pan macam nak buat kuih ketayap. Biar telur masak. Tutup api. Sendukkan nasi goreng dan letak di tengah2 telur dadar. Lipat 4 segi. Ambil pinggan telungkupkan ke atas telur yg dilipat tadi dan satu tangan tahan pinggan dan satu lagi terbalikkan pan......dan siap tu picitkan sos cili atas nasi pattaya kita......siap di makan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...