Sunday, May 28, 2017

Iftar 2 Ramadhan: Ayam Masak Madu

Menu pilihan anak2 untuk iftar 2 ramadhan. Dari berbuka semalam dah bagitau esoknya nak menu apa. Ummi raikan ajer asalkan anak2 bermotivasi nak puasa sampai akhir waktu.


Ayam manis pedas yang menjadi kegmaran anakanda2. Moga berselera diorang makan nanti.


AYAM MASAK MADU
http://www.zulfadreamlad.blogspot.my

1 ekor ayam dipotong 8 – gaul garam + kunyit - goreng 3/4 masak
1/2 cawan madu
5 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan jika taknak terlalu pedas)
2 biji bawang besar dipotong bulat
1 batang Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
3 inci halia - kisar

** Bahan yang dikisar tu, lepas dah siap gaul dengan serbuk cili

Daun pandan 4 helai- dipotong saiz 1 inci
Garam dan gula secukup rasa


1) Daun pandan diletakkan dalam satu mangkuk (nanti nak letak ayam dalam mangkuk ni)

2) Goreng ayam terlebih dahulu.

3) Bila selesai goreng ayam, minyak gorengan tadi kurangkan, tinggalkan anggaran 5 sb.

4) Tumis rempah tumis, daun pandan bersama bawang besar yang dipotong bulat. Bila dah kekuningan, masukkan bahan dikisar tadi tu, biarkan sampai pecah minyak. Masukkan garam dan madu.. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata. Tumis hinga ayam masak sepenuhnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...