Tuesday, May 2, 2017

Ketam goreng mentega


Singgah jeti pagi tadi otw jumpa kawan....nampak ada la ketam2 saiz comel ni. Lama dah tak membeli...teringin pulak nak makan. Beli la sikit melepaskan ngidam. Harga pun boleh la tahan.....RM14.00 sekg. Apa jer yang murah sekarang ni....sesekali layanzzzz.

Balik terus masak....simple2 jer. Ketam segar....manis jer rasanya.


Ketam goreng mentega
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN BAHAN :
1 kg ekor ketam size besar atau Sederhana
Sedikit Garam
1 sk Lada hitam
1 sk cili flake
70 gm mentega + 5 sb minyak untuk menggoreng
5 ulas Bawang Putih ~~ dicincang
6-8 biji cili padi ~~ dihiris 
*5 tangkai Daun Kari - lurutkan

Cairkan mentega dan masukkan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi, lada hitam dan cili flake. Tumis seketika. Masukkan ketam dan tumis hingga berubah warna. Perisakan dengan garam secukup rasa. Goreng lagi hingga ketam masak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas hidangan.

*Goreng daun kari hingga garing dan tabur ke atas ketam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...