Friday, May 5, 2017

Iftar 29 : Pecel pari


Cerita lama...bulan puasa lepas. dok godek2 draft blog terjumpa post yang masih kat draft....terlupa kot nak publish...sebuk nak raya.

Ni masakan encik hubby SIL yang request juga. Pecel ni sepatutnya kuahnya putih mulus....takde kuning2 camni. Yang ni rupa parasnya dah macam masak lemak cili padi jer...

Alkisahnya camna ble jadi kuning ni sebab hubby tumbuk bilis, cili dan kencur/cekur dalam lesung bekas tumbuk kunyit. Nasib la rasa kencur tu dominan....kalau tidak macam tak sempurna pulak pecelnya.


Pecel pari

3 keping ikan pari (bersihkan dn lumur garam) di bakar (sedap kalau bakar guna arang)
3 cawan santan (perah kelapa dengan air masak)
Garam secukup rasa
Daun cekur dihiris halus

bahan tumbuk

cili padi - ikut nak pedas mana
segengam ubi cekur
Sejemput ikan bilis

Kukus bahan tumbuk dalam nasi (tengah masak) yg dah kering airnya @ goreng tanpa minyak.

Tumbuk lumat dan satukan dengan santan + garam dan tuang dalam bekas yg telah diletakkan pari tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...