Sunday, May 7, 2017

Kek Cawan Pisang Gebu (Banana Cupcake)

Airtangan anak untuk minum petang... Anak ummi yang no 2 ni memang rajin bab2 suruh masak2. Gemar sungguh dia kalau ummi offer tolong di dapur. Sejak akhir2 ni ummi dah mula bagi peluang anak2 baking...ummi bacakan resepi dan betulkan kaedahnya...selebihnya diorg buat sendiri. Mula dengan resepi2 mudah dahulu. Nanti ummi akan perkenalkan anak2 dengan masakan2 yang lebih rumit lagi.


Kejadian kek cawan ni memang ada ummmphhh. Lembut, gebu, lembab....dan secukup rasa. Kena bagi lima bintang untuk amatur cilik nih...


Kek Cawan Pisang Gebu (Banana Cupcake)
http://zulfadreamland.blogspot.my

10 biji telur gred C
8 biji pisang berangan
2 cawan gula perang
4 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
2 sk esen pisang atau esen vanilla
1 sk garam
1 1/2  cawan minyak masak


 Cara-Cara

Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan.

Lecek pisang hingga lumat. Campurkan garam dan baking soda dalam pisang lecek dan gaul rata, Ketepikan.

Dalam pingisar, kisar telur bersama gula dan esen pisang hingga gebu.

Tuangkan adunan telur ke dalam mangkuk berisi pisang dan gaul sebati.

Kemudian masukkan tepung dan kaup balik hingga sebati.  Kemudian tuangkan minyak dan kaup balikkan adunan sehingga rata. ****adunan agak cair, jangan tambah tepung.***

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh.

Hiaskan atas adunan dengan kekacang/kismis/mix fruit/ cip coklat /hirisan nipis pisang ikut citarasa atau biarkan tanpa hiasan. Bakar dalam ketuhar yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C Oven selama 20 minit (bergantung saiz)

Cucuk tengah cupcake dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknanya cupcake telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...