Tuesday, May 2, 2017

Cream cheese chocolate chip cookies

Mengukis dihari buruh....menesting resepi2 untuk raya nanti. Resepi ni saya olah sedikit dari resepi asal yang dikongsi di group meastro...group resepi otai (GRO). Anak2 suka....kawan2 yang datang ke rumah tadi pun katanya suka... Satu adunan byk juga dapatnya.


Cream cheese chocolate chip cookies
http://zulfadreamland.blogspot.my

250 gm mentega
125 gm cream cheese
2 cawan gula perang
2 biji telur gred A
1 sb esen vanilla
*5 1/2 cawan tepung gandum
*4 sb tepung jagung
*2 sk baking soda
*2 sb serbuk koko
*1 sk emplex
2 cawan chocolate chip
1 cawan kepingan badam


Ayak *. Pukul mentega, cheese dan gula perang hingga gebu. Masukkan telur. Pukul sebati. Masukkan esen. Gaul rata. Masukkan bahan * yang telah diayak tadi. Dan uli sebati.

Masukkan choc chip dan badam. Gaul rata dan masukkan dalam plastik. Simpan salam peti ais (chiller) selama 1/2 jam. Keluarkan dan bentukkan bulat2 dan susun atas loyang pembakar.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 celcius selama 20 - 30 minit brgantung pada saiz biskut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...