Tuesday, May 2, 2017

ZLC's Homemade Pizza


Homemade pizza untuk minum petang....air tangan anak2. Dari semalam janji nak bagi diorang buat pizza sendiri tapi tak jadi buat sebab ada agenda lain.

Hari ni saya bercuti rehat....sebab plan asal nak bawa anak2 holiday tapi sebab tak plan awal...hotel semuanya fully booked. Rancangan buat pizza diteruskan lepas anak2 balik sekolah. Semua proses diorg buat sendiri....ummi cuma bagi arahan jer dan bacakan sukatan bahan sambil layan tv...


Macam2 rupa diorg buat yg bila dah masak macam telur dadar jer kata mak sedara diorg...hehehe....again n again....apa ada pada rupa.....janji delicous dan bahagia bersama....kankankan....betoi dak.


ZLC's Homemade Pizza

Doh

2 sk yis
1 cawan air suam2 kuku
3 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1 sb gula
2 sb mentega

Dalam mangkuk kecil satukan gula, air suam dan yis. Biarkan berbuih selama 10 minit.

Dalam mangkuk besar satukan bahan2 lain. Tuang adunan yis. Uli hingga sebati dan doh licin. Tutup doh dengan tuala lembab. Perap selama lebih kurang 45 minit.


Sos

1 sb minyak masak
1/2 cawan bawang besar cincang
1/2 kg tomato cincang
1 cawan air
1 sb gula
1 sk garam atau secukup rasa
1/3 sk serbuk lada hitam
1/4 sk pes bawang putih
1/4 sk basil kering
1/2 sk oregano kering
1/4 sk marjoram kering
1/4 sk serbuk jintan putih
1/4 sk serbuk cili
1/3 sk chili flakes

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga layu. Masukkan tomato dan air. Perisakan dengan bahan2 lain. Renihkan hingga tomato hancur dan sos memekat.

Bahagi doh ikut citarasa...leperkan, letakkan atas loyang yg disapu sedikit minyak. Sapu sos dan taburkan topping pilihan dan cheese - mozarella, cheddar, parmesan. Bakar pada suhu 180 celcius selama 20 - 35 minit atau hingga doh keperangan.




.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...