Monday, April 18, 2016

Ikan masak nanas


Resepi dari sumber http://selera2nusantara.blogspot.my jadi pilihan untuk saya hidangkan sebagai juadah tengahari. Saya menyediakannya dengan cara yang sedikit berbeza. Ikan tu saya goreng dahulu tetapi tidaklah terlalu garing. Setelah kuah nanas masak barulah saya masukkan ikan dan renihkan sebentar.

Ikan masak nanas @ ZLC

Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung kemudian potong-potong melintang (saya guna ikan pecah periuk)
750 ml air
1 batang serai, yang kemudian dititik/ketuk
3 helai daun salam
4 helai daun limau purut
8 biji cili padi
1/2 biji nanas, dipotong bentuk dadu
1 biji tomato, dipotong dadu
minyak untuk menumis

Bahan kisar

6 ulas bawang merah
1 inci  halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
garam secukupnya
(Boleh tambah sedikit gula jika mahu rasa masam2 manis)


Cara membuat ikan masak nanas

Panaskan minyak terlebih dahulu, setelah panas tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan ikan dan masak hingga setengah masak. Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih.

Setelah itu baru masukan potongan buah nenas dan bahan lain. Kacau rata dan biarkan hingga nenas masak. Tambah garam secukup rasa dan tutup api. Ikan masak nanas anda sudah siap dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...