Wednesday, December 2, 2015

Kek belang mentega

Hari ni balik opis tetiba teringin makan kek mentega. Tengok atas meja tu ada mentega yg dah di defrost sejak ahad lepas tapi tak terbuat2 keknya. Malam ni baru la mood nak mrngekek datang....tak fikir lama terus jer adun dan bakar...dah siap.


Kek belang mentega @ ZLC

Bahan bahan:

250 gram mentega
250 gram tepung naik sendiri (Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder)
200 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
1 sk esen vanila
1 sb serbuk koko hitam (black cocoa powder)

1 sk pewarna kuning lemon

Cara cara:

Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (kelajuan rendah kemudian sederhana kemudian kelajuan tinggi).

Masukkan telur sebiji demi sebiji pukul sebati. Masukkan esen dan pukul lagi.

Masukkan susu segar di selang seli dengan  tepung dan gaul dengan senduk sampai sebati. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu letak pewarna kuning dan satu lagi letak serbuk koko.

Masukkan dalam sesenduk adunan kuning ditengah2 loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu  diikuti adunan koko di atas adunan kuning. Ulang proses hingga habis. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...