Friday, December 4, 2015

Nasi goreng cina

Nasi goreng cina dipadankan dengan bbq memang sgt sesuai. Utk malam semalam saya masak 4 kg nasi dan marinate 6 ekor ayam....


Nasi goreng cina

5 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar - tumbuk/cincang
4 ulas bawang putih - tumbuk/cincang
Sedikit bilis halus
1/2 sk serbuk lada putih
2 sb sos tiram
1 cawan sayur campuran
2 biji telur - goreng hancur
Isi ayam/fish ball/fish cake
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Tumis bawang2 dan bilis hingga keperangan. Masukkan isi ayam/fish ball/cake. Tumis hingga ayam masak. Masukkan sos tiram dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan nasi. Gaul rata. Dan gorengkan seketika. Akhir sekali masukkan sayur campur. Gaul rata dan masakkan selama lebih kurang 5 ninit lagi sambil dikacau agar tidak hangit. Masukkan telur hancur dan gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa. Sedia dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...