Balik keja semalam anak2 sibuk request macam2. Ada yg request durian crepe....ada yg nak cheese cake.....ada pulak nak brownies.....kalau semua tu ummi dia masakkan serentak....sapa pulak nak makan....semangat mintak jer....makannya nanti sikit.
Memandangkan coklat bar yg ada ni dah lama dibeli....jadi usaha nak menghabiskannya perlu segera dilakukan....jadi faham2 jer la sapa punya permintaan ummi dulukan....brownies la nampak gayanya...asal niat nak buat brownies lapis cheese tapi bila kat dapur tu ada org tengah repair bilik air n sinki jadi niat tu terbantut sikit...motivasi jadi kureng....lain kali la baru buat permintaan yg dua lagi tu...
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik)
30 gm serbuk koko
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit. (Step ni selalu skip sebab tak sabar2 nak ngap brownies - tak kedut pun takpe janji kekal sedap)
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.
No comments:
Post a Comment