Saturday, December 12, 2015

Ayam Percik Kelantan

Balik kampung kali ni khusus untuk celebrate besday mil yang kebetulan sama tarikh dengan anniversary kitrg. Hubby cadangkan buat ayam percik....dan sebab mil tak boleh makan pedas saya buatkan ayam percik kelantan. Pedas2 manja jer...budak2....org tak tahan pedas sesuai sangat dengan menu nih.

Resepi ni saya google2 tengok dua tiga tempat guna resepi sama....termasuk azie kitchen...maknanya resepi ni meyskinkan untuk dicuba. Dan bila buat memang rasanya secukup rasa....sedap...

Saya ubah suai sedikit bahan dan cara penyediaannya ikut citarasa.

Ayam Percik Kelantan @ ZLC

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 

Bahan Perap:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:

3 cawan santan pekat (daripada 2 biji kelapa)
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
2 biji cili masak - boleh guna cili padi jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula secukup rasa
1 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:

Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. (Saya masak ayam dengan kuah separuh masak terlebih dahulu.)

Bakar ayam. Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah rata2 dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan. 

Nota:

Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...