Sunday, December 13, 2015

Donut Gebu

Lama juga tak menguli doh untuk donut. Selalu tengok orang dok tayang donut montok2 teringin pulak nak buat. Sampai dari kampung terus uli doh guna BM.

Donut Gebu ZLC

500 gm tepung (kalau ada high protien(HP) ble guna HP, kalau takde ble guna tepung gandum jer)
50 gm gula
6 gm garam
1 biji telur
9 gm yis
10 gm kfine/5 gm improver
225 ml air sejuk
60 gm mentega
30 gm susu tepung (malas nak cari kat mana letaknya saya ganti dengan horlick)

Kalau guna BM uli ikut manual untuk doh. Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali mentega (garam dan yis jangan dekatkan nanti yis mati). Uli sebati. Masukkan mentega, uli sampai doh licin dan tak lekat ditangan dan mangkuk. Perap sejam. Tumbuk doh dan bentukkan. Biarkan doh yg dah dibentuk naik dalam sejam -1 1/2 jam. Goreng hingga keperangan dan salut gula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...