Jus kedondong asamboi - perghhhhh....sedap weh...
Ini ceritera pokok kedondong yang ditanam depan rumah. Masa beli anak pokok 8 lapan lepas, pokok tu mcm tak berapa nak sihat....tapi disebabkan nak jugak dan takde pilihan lain, saya beli dan tanam juga. Pucuknya masa tu makin lama makin menunduk sebab ada penyakit....saya try spray dengan racun perosak....
Alhamdulillah....akhirnya pokok yg asalnya tinggi sekaki tu hidup dengan suburnya dan tak berhenti2 keluarkan hasil.....setiap pucuk baru pasti ada bunga. Malangnya beberapa tahun selepas itu, pokok kedondong saya ni sekali lagi kena penyakit...habis buahnya diserang serangga.... Dalam masa yg sama saya ada beli pokok ciku mega dan tanam dlm pasu sebab takde ruang nak tanam. Bila pokok kedondong tu buat hal, saya dan hubby pun buat keputusan tebang dan pindahkan pokok ciku kat situ..... Pokok ciku pun bila dah pindah ke tanah makin suburlah dia... Tapi kedondong yg tinggal tunggul ni tak mau mengalah....pucuk baru keluar tak henti2....dan saya cantas dan cantas tunas/dahan yg baru tu....sampai aatu peringkat saya dah malas nak cantas dan biarkan dia membesar dan mengeluarkan hasil semula......
Itulah kisahnya.....saya petik buahnya hujung minggu lepas dan kisar jadikan jus yang sedap banget nih....
Jus kedondong asamboi
Buah kedongdong - potong kecil dgn kulit2nya sekali
Asamboi
Gula secukup rasa
Air
Kiub ais
Kisar kedondong, gula, air dan asam boi. Tapis hampasnya dan masukkan ketul air.
Asamboi tu kalau tak mau kisar sekali pun boleh....letak kemudian dlm jus yg siap ditapis.
No comments:
Post a Comment