Monday, December 14, 2015

KAMBING MASAK MERAH 

Hari ni malas betul nak masak.....tapi apakan daya...perutku dan keluargaku perlu diisi....sampai lepas asar juga la baru mula memasak....nak tunggu dapat feel dulu....kikiki...

Sudahnya pukul 6 baru ble makan...cian anak2ku dan suamiku.....balik dari kampung isteri dia dapat penyakit M.

KAMBING MASAK MERAH @ ZLC

Bahan2nya:-

2 kg gearbox kambing 
1 cawan tepung gandum 
100 gm halia (diketuk) -(4 inci halia)
3 liter air (12 cawan air)

Kisar bersama:

85 gm cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang dan toskan) - (20 biji  @ ikut selera)
80 gm bawang putih (1 labu)
250 gm bawang merah (2 biji bawang besar @ 15 ulas bawang merah)
80 gm halia (3 inci)

Bahan tumisan:


5 batang serai - dititik 
200 gm bawang besar- hiris nipis 
4 batang kulit kayu manis 
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga 
15 biji cengkih
200 gm minyak sapi  (1 senduk)

Bahan2 lain:-

garam secukup rasa
Gula melaka (1/2 keping @ 1/2 ketul)
100 ml sunquick base (orange) (1/3 cawan )

100 ml sos tomato (1/3 cawan)
100 ml sos cili (1/3 cawan)
425 gm tomato puri 

1 tin (400 gm) susu cair
4 biji (anggaran 450 gm) tomato (dibelah 4) 
150 gm kismis kuning
1 pokok daun bawang (hiris kasar) 
2 batang daun saderi (daun sahaja - hiris kasar) 
1 pokok daun sup (daun sahaja - hiris kasar) (boleh gantikan dengan 2 pokok daun ketumbar)

Caranya:-

Cuci ketulan daging kambing dan toskan. Masukkan ke dalam bekas bersama tepung gandum.

Gaul rata dan perap 30 minit. Sesudah itu cuci bersih dan toskan airnya. 

Masukkan ketulan daging kambing tadi ke dalam periuk bersama halia ketuk dan air.

Rebus hingga airnya tinggal 1/4 dari asal. 

Ambil air rebusannya. Simpan kedua2 bahan ini dalam peti sejuk sehingga digunakan 

Sementara itu panaskan minyak sapi dan masukkan kulit kayu manis

Kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kacau sebentar. 

Masukkan hirisan bawang besar.  

Kacau hingga bawang menjadi ringan.

Masukkan serai yang telah dititik dan kacau hingga bawang menjadi kuning.

Kemudian masukkan bahan kisar dan garam.

Tumis bahan2 ini hingga garing dan selalu di kacau. 

Kecilkan api dan masukkan puri tomato, sos cili, sos tomato dan kismis. Kacau rata.

Masukkan susu cair dan kacau lagi.

Masukkan air rebusan kambing tadi dan kacau kemudian masukkan sunquick. Kacau hingga sebati.

Masukkan gula melaka, gula pasir dan serbuk perasa. Didihkan sebentar di atas api sederhana.

Kemudian masukkan daun pudina dan kacau. 

Masukkan ketulan daging kambing yang telah direbus tadi dan ratakan.

Didihkan hingga pekat (selalu di kacau) dan rasa masam manisnya.

Kemudian masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan daun saderi bersama tomato. Kacau rata.

Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api. 

Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Taburkan hirisan daun pudina jika suka. Hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak, nasi putih atau roti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...