Sunday, December 6, 2015

Kek minyak

Sambil masak makanan tengahari tadi, saya adun kek minyak. Lama tak buat. Guna resepi lama dari myresepi. Saya buat dua adunan. Walau pun kejadian kek ni mendap sedikit kat tengah sebab salah set suhu dan rasanya macam terlebih bubuh baking powder tapi suka anak2 buah makan kek panas2 dan fresh dari oven nih....satu loyang 9 x 9 tu habis tak sempat tunggu sejuk....


Kek Minyak

2 cwn tpg gandum ayak bersama 1 sudu teh baking powder
5 biji telur
3/4 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 sudu besar ovellete
esen vanila dan perisa yang digemari
-----
pukul telur + gula + ovellete + esen sampai gebu. + susu, pukul lagi, + minyak, pukul sampai sebati.
masukkan tepung dan gaul sebati.
bakar 170c selama 45 min atau masak.....
dah sejuk baru potong dan makan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...