Monday, December 7, 2015

Apple puff

Apple puff sedap.....terutamanya makan bila baru lepas bakar....rangup kulitnya. Saya buat 20 ketul guna baki filling yang saya buat aritu.

Telur dah habis buat kek jadi takde la sapu apa2 kat atasnya sebelum bakar....tapi dah cukup sempurna bagi saya.....ahak...ahak...ahak....suka akak tau...

Apple puff @ ZLC

Kulit pastry secukupnya - saya malas nak buat sendiri, maka gitu saya beli yg dah siap jenama kawan.

Apple filling ala ZLC

12 biji apple hijau
1/2 biji perahan lemon
1/2 sk serbuk kulit kayu manis
1/2 sk serbuk pala
500 gm gula
2 sb mentega
2 sb tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
2 cawan air Air secukupnya.
Sedikit garam

Masak gula hingga jadi karamel dan masukkan mentega. Kacau rata dan tambah air sedikit2. Kacau hingga sebati. Masukkan apple dan serbuk kayu manis dan pala.

Masak hingga apple lembut. Masukkan perahan lemon dan sedikit garam. Kacau rata. Masukkan tepung jagung dan kacau sebati. Masak hingga filling pekat.

Ambil sekeping kulit pastri, letakkan inti dan bungkus inti ikut bentuk yg diingini. Susun di atas loyang. Sapu telur dan bakar pada suhu 180°C selama 30 minit atau hingga garing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...