Monday, December 1, 2014

Koci labu dah jadi lepat labu.......

Niat asal nak buat koci....inti dah defrost...dadih dah siap.....sekali gitu masa dok bancuh tepung ngan labu untuk buat doh, saya dah tersilap letak tepung. Patut letak tepung pulut tapi selamba jer masukkan tepung gandum. Waduh2.....sudahnya cancel buat koci,.......keluarkan kelapa parut ler pulak untuk inti lepat.

Resepi Lepat Labu Zulfaza

1 biji labu (belah dua, buang biji dan kukus selama lebih kurang 30 minit, keruk isinya, lenyek)
2 cawan tepung gandum (sesuaikan kut jumlah labu)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula atau ikut citarasa
1 sk garam
Daun pisang yg dilayukan di atas api atau dijemur tengah panas secukupnya


Inti (jika suka)

1/2 biji kelapa muda parut
1/2 sk garam

Satukan semua bahan. Kacau hingga gula hancur. 
Ambil daun. Sudukan adunan. Ratakan sedikit dan letakkan kelapa parut. Gulung lepat dan lipat di kedua2 hujung.
Sudun dalam kukusan....buat hingga selesai. Kukus selama 20 - 30 minit. Sejukkan dan ngap....


* lepat ni kalau panas2 memang nampak lembik. Dah sejuk nanti ok lah....selalunya saya akan buat waktu malam untuk dijadikan sarapan pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...