Tuesday, December 16, 2014

Kordial bunga telang

Mentang2 jiran yg tanam pokok ni bagi kebenaran...baru jer ambil dua tiga hari lepas, balik keja tadi pergi kidnap lagi bunga ni....ari tu punya habis dah buat sirap bandung frozen.  Hari ni kutip bawak mangkuk....nasib baik mbsa dah mesih rumput kalau tidak penuh lagi kaki kain dengan kemuncup...


Kordial bunga telang

Bunga telang buang hijaunya

Gula

Air

Daun pandan koyak dan simpulkan

Masak semua bahan hingga mendidih dan gula hancur. Tapis dan simpan dalam bekas. Kalau nak tahan lama simpan dlm fridge.

Bila nak minum bancuh jer macam sirap biasa....kalau perah limau jadi la minuman ajaib thai...nam dok achan...

Ini la rupa bunga telang yg fresh....baru petik kat kebun jiran...bunga telang ni ada dua tiga spesis....yg selapis...yg berlapis2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...