Sunday, December 7, 2014

Minum petang dengan roti bakar telur mata kerbau

Petang2 yang mendung selepas hujan ni sedap makan roti bakar panas2 dengan air kopi O. Dapat idea lepas tengok post anak saudara yang nun jauh di Mukah Sarawak tu kat FB. Kebetulan masa tengok tu anak sulung pun ada sama. Terus la dia request. Ummi pun apa lagi ajak la anak tu temankan ummi pegi 99 untuk beli stok telur dan roti....

Saya buat dua versi...plain utk anak2 dan letak bawang dll versi dewasa....pastu satu keju tabur atas dan satu lagi tabur keju baru pecahkan telur.....dua2 pun yummylicious...


Roti bakar telur mata kerbau

Bahan2nya 

Roti
Telur
Bekas 4 segi
Bawang besar
Daun bawang
Keju parut
Serbuk Lada putih dan cili flake jika suka
Sos pilihan

Tekan roti dengan bekas hingga membentuk 'kolam'. Susun atas loyang. Taburkan keju, susun bawang. Pecahkan telur atas bawang. Tabur cili flake, lada sulah dan daun bawang ikut citarasa. Bakar guna api atas hingga telur masak dan roti garing.


Dah masak, makan dengan sos pilihan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...