Thursday, December 11, 2014

Kek pisang prune


Mood membaking pagi ni. Dok fikir nak baking kek apa....teringat ada stok pisang terus buat keputusan buat kek pisang prune nih. Saya ubah suai dari resepi Azie Kitchen menggunakan pisang emas yang tak dibawa belayar. Saya tambah prune, guna gula perang dan almond serta coklat rice. Saya buat dua bancuhan sebab ada tetamu nak datang malam nanti dan 2 sikat pisang yang dibeli dua hari lepas kurang mendapat sambutan dari anak2.

Satu loyang saya taburkan almond dan satu lagi saya gaulkan dengan choc rice.

Kek pisang prune
Oleh zulfaza love cooking

Bahan A:
5 biji pisang emas - lecek
10 biji prune dicincang halus (nak lebih pun boleh)

Bahan B:
1 cwn gula perang
1 cwn minyak jagung/masak
4 biji telur gred A
1/2 sk garam

Bahan C - ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan D:
1 sb jus limau nipis/kasturi/lemon
1sk esen vanila/vanilla extract

Bahan E (jika suka):
Choc chips
Choc rice
Almond slice
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 
Putar/kisar B dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan A dan kacau rata. 
Masukkan pula C sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 
Masukkan D, (choc rice atau chips)dan gaul sebati. Tuang dalam loyang (tabur almond) dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 
Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

 Kek pisang prune dengan badam

Kek pisang prune dengan choc rice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...