Tuesday, December 16, 2014

Menu makan malam....masak lemak ikan sepat, ayam goreng, sambal tumbuk dan ulam raja


Ikan sepat.....dulu masa kecik2 kat kampung allahyarhamah mak ada sawah....jadi bila balik kampung selain mandi parit, kitrg tahan bubu dan sauk atau mancing ikan sawah....selalunya dapat la ikan sepat ronggeng yg kecil2 tu....sepat benua susah skit nak dapat. Selain digoreng sedap gak masak lemak. Kalau dapat banyak, yang hidup mak sedara tu selalu simpan dalam pasu ceramik besar (lupa lak namanya), kalau dah mati dia akan keringkan...

Pegi pasar aritu jumpa orang jual ikan sepat benua ni...besar2. Harga RM13 sekilo....ermmmmm mahal sungguh nilainya sekarang.....tapi teringin punya pasal, beli jugak la lapan ekor.

Ikan sepat masak lemak dengan labu air
Zulfaza love cooking

5 ekor ikan sepat, bersihkan dan rendam dengan asam jawa selama setengah jam untuk hilangkan hanyir ikan sungai. Bilas dan toskan.
3 cawan santan cair
1 cawan pati santan
1/2 biji labu air (kupas dan potong nipis)
2 batang serai (ketuk)
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Tumbuk

5 ulas bawang
15 bij cili padi
2 biji cili masak
Seketul kunyit.hidup

Satukan semua bahan kecuali santan pekat dan garam. Masak hingga mendidih. Masukkan pati santan dan tambah garam secukup rasa. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak hingga gulai mendidih. Tutup api.


Sambal tumbuk jawa
Zulfaza love cooking

Segenggam ikan bilis di basuh, tos dan goreng garing
20 biji cili padi digoreng
5 ulas bawang merah digoreng
Sedikit gula dan garam

Tumbuk semua bahan hingga lumat.


Yang ni saya gaul kunyit ngan garam jer...pastu goreng...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...