Tuesday, December 16, 2014

Ikan terubuk bakar cicah sambal kicap

Lama dah tak makan ikan terubuk fresh ni tau... ikan ni ipar belikan dari mukah, sarawak.....naik kapalterbang lagi....siap ada telur pulak....ermmmm nanti kalau ada rezeki pegi sana lagi nak beli ikan ni banyak2. Buat stok.

Kalau saya, lauk macam ni jer dah lengkap...ada nasi panas...ulam timun dah cukup...

Ikan terubuk bakar cicah sambal kicap

Zulfaza love cooking

1 ekor ikan terubuk (bersihkan, jgn buang sisik, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.)

Daun pisang atau foil untuk membungkus

Bungkus ikan dalam daun atau foil dan bakar hingga masak.

Sambal kicap sempoi jer

Cili padi - hiris

Bawang besar - hiris

Kicap 

Perahan limau secukupnya

Satukan semua bahan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...