Sunday, December 14, 2014

Tumis sayur peria


Saya dulu2 tak suka sayur ni...pahit...tapi sekarang selera dah berubah....dah pandai makan sayuran dan ulaman....

300 gm udang sederhana dibuang kulit
1 biji peria di hiris sederhana nipis (bijinya buang ye)
1 inci halia hiris
4 ulas bawang merah hiris
3 ulas bawang putih hiris
3 biji cili hijau hiris
sedikit cili padi belah 2
minyak untuk menumis 
garam secukupnya

Tumis bawang2, halia hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis sebentar. Masukkan peria. Tumis 1 minit. Akhirnya masukkan udang dan perisakan dengan garam. Tumis hingga udang berubah warna dan bergulung. Hidangkan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...