Wednesday, December 3, 2014

NASI KAROT DAGING, AYAM TAMBATAN HATI & DAGING DENDENG

Ini la menu sarapan pagi ni untuk tetamu yang ditinggalkan di rumah. 

Resepi nasi dan ayam ni saya ambil dari blog secubit garam manakala dendeng resepi yg biasa saya guna dari mantan bos. Saya ada la ejas sikit2 ikut bahan yg ada dan ikut citarasa. Macam daging untuk nasi tu, sebelum ni saya dah rebus daging untuk buat dendeng jadi saya gunakan daging tu jer dan masa masak nasi tu saya tambah 1/2 cawan air rebusan. Alhamdulillah nasi saya elok jer masaknya. Tak lembik pun. Cara saya pun lain sikit tak kukus pun tapi bakar dlm oven.


Lauk pauk saya dah sediakan malam. Pagi ni saya panaskan sahaja. Cuma nasi jer saya masak pagi. Tak la kelam kabut sangat. 

Jom kita semak resepinya.....



NASI KAROT DAGING

Bahan-bahannya:

Bahan A

Langkah 1

4 cawan beras basmathi-(rendam selama 1/2 jam atau paling lama 1 jam)
10 cawan air 
serbuk kunyit
1 sb garam
2 sb minyak

Panaskan air hingga mendidih.Masukkan garam dan minyak.
Masukkan beras yang direndam tadi dan biarkan mendidih hingga beras 3/4 masak.
Toskan beras dan ketepikan.

Bahan B

Langkah 2

1/2 tin susu cair.
1 inci halia-tumbuk halus - saya hiris jer
2 ulas bawang putih.-tumbuk halus - saya hiris jer
1/2 labu bawang besar.-dadu
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1/2 tbsp garam.
Sedikit minyak jagung untuk menumis
2 tangkai cili hijau.-tumbuk kasar
150 gm daging 
1 tangkai daun ketumbar.
1/2 biji karot -parut kasar

Cara-caranya:

Panaskan 6 cawan air hingga mendidih. Masukkan 1 sb garam dan 2 sb minyak.
Masukkan beras yang direndam tadi dan biarkan mendidih hingga beras 3/4 masak.
Toskan beras dan ketepikan.

Panaskan minyak  dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, cili hijau dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Tumis hingga naik baunya.

Masukkan daging cincang. Masak sehingga daging empuk. Masukkan beras dan gaul perlahan lahan agar sebati rempah rempahnya. 

Akhir sekali masukkan susu cair, air rebusan daging dan biarkan sekejap atas api kemudian masukkan daun ketumbar dan parutan karot.

~ cara saya : Pindah periuk yg bertutup ke dalam oven (atau pindahkan nasi ke dlm loyang pembakar dan tutup rapat dengan foil) dan bakar selama 20 minit guna suhu 250°C. 

~ cara asal : Pindah beras ke dalam pengukus dan kukus hingga nasi masak dan lembut.

Selamat mencuba:)



AYAM TAMBATAN HATI

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 biji bawang besar dipotong bulat

1 sudu kecil serbuk lada sulah
10 biji cili api diketuk-pecah
6 helai daun limau purut dibuang tulang dan dikoyak
2 sudu besar kicap pekat manis (saya guna kicap masin)
1 cawan susu cair 
1 cawan air (saya tak letak)
1 sudu besar jus lemon (saya guna limau kasturi)
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Ayam dilumur sedikit kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga masak.
4. Masukkan air, susu, ayam dan bahan-bahan lain. Tambah garam secukup rasa.
5. Masak sehingga kuah agak pekat.




Daging Dendeng

Bahan2nya

1 kg daging rose/steak
20 - 30 biji cili kering kisar halus
20 ulas bawang merah rose
kicap masin dan gula secukup rasa
Air asam jawa yg dibancuh dengan air rebusan daging

Rebus daging hingga empuk dan toskan. Hiris nipis. Goreng hingga garing dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, tumis cili dan bawang merah hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan kicap dan gula secukup rasa.
Masukkan daging dan gaul sebati, angkat dan hidangkan..sedia dimakan.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...