Sunday, December 14, 2014

Taugeh homemade tumis ngan kacang panjang


Petang khamis lepas buat tauge ni.....kebetulan masa tu madak bubur kacang untuk surau. Luakkan segenggam. Ingat mak goreng mee semalam tapi tak sempat. Jadi hari ni wajib kena masak taugeh ni kalau tidak jadi pokok kacang pulak nanti.

buat sayur tumis simple jer...campur dengan kacang panjang yang dah dicelur menu hari khamis lepas...

bahan2nya

Taugeh buang akar dan kulit kacangnya
kacang panjang potong 2 inci
2 biji cili hijau dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis/udang kering
minyak untuk menumis

tumis bawang2 dan bilis hingga naik bau. Masukkan cili. Tumis hingga cili layu. Masukkan kacang panjang kacaukan sebentar dalam 1 minit. Akhir sekali masukkan taugeh dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sekejap dan tutup api. Hidangkan.


Cara2 nak buat taugeh ni ble dirujuk di link ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...