Sunday, December 7, 2014

Sambal tumbuk jawa, ikan tuna masak sambal dan kari terung ikan masin

Hidangan makan tengahari minggu yang yummylicious ni hasil air tangan encik hubby....sedap wooo. Bertambah2 sume orang makan....


Kalau hari2 macam ni, makin mulat la sang isteri.....hehehe.



Sambal ni ada nama lain tapi geli pulak nak sebut..... kalau tengok kat mr google tu ada gak orang panggil sambal ketuk.....hehehe tak kisah la kan nama apa pun janji sedap jer kat tekak nih...

Jumlah bahan tu saya tak letak sebab bergantung pada berapa banyak tak buat, nak pedas tahap mana...

Resepi Sambal tumbuk jawa

Ikan bilis (goreng garing)
cili merah dan cili padi
bawang merah
Garam secukupnya

Goreng semua bahan hingga bawang dan cili layu. Tumbuk lumat. Perisakan dengan sedikit garam.


Ikan tuna masak sambal

1 ekor tuna di potong kecil dan goreng - ketepikan
*15 tangkai cili kering rebus/rendam air oanas hingga lembut
10 sb kicap
2 sb Sos tiram
2 sb sos  cili
2 sb sos tomato
*5 biji bawang merah
*2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
3 sb air asam jawa pekat
2 batang serai di ketuk/titik
garam dan gula secukup rasa
Minyak

Kisar lumat *. Tumis dan serai hingga pecah minyak. Masukkan sos2, air asam dan kicap. Kacau sebati. Biarkan seketika. Masukkan ikan goreng. Kacau rata. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga sambal meresap dan sebati dengan ikan. (Tambah air jika perlu)


Kari terung ikan masin

3 biji terung bulat belah 4
2 biji tomato
4 potong ikan masin (saya guna ikan GT) - rendam sebentar utk mengurangkan masinnya)
3 cawan santan
2 sb rempah kari ikan
*5 biji bawang merah
*5 biji Bawang putih
*1 inci halia
3 sb air asam jawa
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumbuk *. Bancuh rempah dengan air asam dan sedikit air hingga jadi paste. Panaskan munyak dan tumis * hingga naik bau. Masukkan paste dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan terung dan ikan masin. Masak hingga terung empuk dan ikan sebati rasanya. Masukkan tomato. Rasa garam, jika kurang masin tambah garam secukup rasa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...