Sunday, December 14, 2014

Sirap bandung biru (bunga telang) aka sirap bandung frozen

Sirap bandung biru (bunga telang) ni sedap sangat....anak2 saya suka. Saya rasa nak bagi nama sirap bandung frozen la....bolehkannnnn. Air biru....kalau tak letak susu pun ok...perahkan limau jadi nam dok achan....air purple...

Untuk sirap bunga telang

30 kuntum bunga telang (ambil kelopaknya)
1 kg gula
2 helau daun pandan (koyak dan simpul)
4 cawan air

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih dan gula hancur sepenuhnya.

Penyediaan sirap bandung biru

Air
Susu cair
Sirap bunga telang
Ketul ais secukupnya.

Satukan semua bahan. Sedia diminum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...