Tuesday, March 1, 2016

French toast (roti celup telur)

Sarapan pagi ringkas. Miai menghabiskan stok roti multigrain yang saya buat tiga empat hari lepas. Sebuku lagi tak berusik. Anak2 dah jemu makan roti buat masa ni. Nanti bila2 datang la musimnya. Ummi pun kena stop dulu buat roti untuk seminggu dua ni bila dah dapat signal mcm nih. 

Bila buat roti ni laku juga....sebab ada rasa lemak manis. Ok la tu.....habis jugak roti tu sebelum rosak.

French toast @ ZLC

Bahan2nya

4 biji telur
1 cawan susu segar atau santan
Secubit garam
2 sb gula/susu pekat/madu/maple syrup
1 sk esen vanila
1 sk serbuk kulit kayu manis (optional)
Roti
Mentega

Satukan telur, susu segar, gula, esen & serbuk kayu manis di dalam mangkuk. Pukul sebati dengan whisker.

Panaskan pan. Oleskan mentega. Celup roti dengan adunan telur dan masak atas pan hingga keperangan dikedua2 belah.

Angkat dan hidangkan bersama berries dan maple syrup atau madu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...