Sunday, March 20, 2016

Nasi Ayam Super Special ZLC


Dah beberapa hari tak update post kat blog ni. Ada dlm dua tiga draft tapi belum sempat nak siapkan. Kat kampung masa terhad sikit.....tak banyak masa senggang nak layan blog ngan page. Hari ni dah balik ke rumah ble la layan kejap. Pagi lepas sarapan, pegi beli ayam.

Sampai rumah layan pokok2 kejap..tukar pasu...tukar tanah dan tanam orkid dan anggerik yg MIL bagi. Sempat juga semai kunyit dalam pot kecik dan pokok pelembut daging yang dah nak pupus. Pasu kucai pun saya ganti tanahnya. Moga hidup subur pokok2 saya ni dalam musim panas meneheng nih.

Lepas siap berkebun baru la mula memasak nasi ayam super special ni. Kenapa super special.....sbb saya kombinasikan masakan melayu dengan arab. Saya guna sumac dan rempah mandy dalam masakan ni. Sumac dan rempah mandy boleh beli kat kedai arab. Sumac ni sejenis beri yang memberikan rasa masam2 macam lemon dan warna semula jadi kat masakan. Ikut kata kawan yang dok kat negara arab tu, sumac ni yang paling elok warnanya merah terang macam yang saya guna ni. Sedap kejadiaannya. Anak2 n hubby suka kira ok la kan.


Nasi ayam super special ZLC

Untuk ayam

1 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
Rebus ayam separuh masak dengan:-

Air secukupnya
Garam secukup rasa
2 batang serai diketuk
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk rempah mandy (rempah nasi arab mandy)
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam gelugur
2 inci halia hiris nipis

Setelah ayam separuh masak angkat dan toskan. Gaulkan dengan:-

Sedikit garam
1 sk sumac
1 sk rempah mandy
1 sk serbuk bawang putih
4 sb minyak zaitun

Bakar hingga ayam masak dan keperangan.


Untuk nasi

2 cawan beras basmathi - basuh, rendam 30 minit dan toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama 2 1/2 cawan air rebusan ayam tadi. Tanak hingga masak.

Tumis

1 inci halia - potong lidi
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sb mentega
5 sb minyak zaiton

Tumis hingga naik bau dan keperangan. Tuang kedalam periuk nasi yg telah masak tadi dan kareh rata.


Untuk sup

Baki air rebusan ayam
1 inci halia - potong lidi
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 sb minyak masak

Tumis hingga naik bau dan keperangan. Tuang kedalam periuk rebusan ayam dan renehkan seketika.



Sambal kicap

4 biji bawang putih
15 biji cili padi - potong hujungnya supaya tak meletup
Kicap masin secukupnya

Goreng cili dan bawang putih hingga layu. Angkat dan toskan. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kicap secukupnya.



Pelengkap hidangan

Ulam pilihan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...