Thursday, March 31, 2016

Sandwich Sardin

Meroti lagi untuk sarapan dan bekal anak2. Roti tu pagi ni saya buatkan sandwich sardin.  Bila anak saya balik sekolah, dia mengadu bekal yang dia bawa dia dapat makan sikit jer sebab kawan dia makan.....kawan dia kata roti ummi buat tu lembut dan sedap sangat. Tiap kali anak saya bawa bekal roti, mesti kawan dia pow sikit.......pastu kawan dia ni siap nak tempah lagi....

Alhamdulillah....hepi dan kembang hati ummi dengar roti ummi ada peminatnya dan menepati citarasa.....nanti pencen ummi biz roti, anak2 tolong jual ....hahaha.....sukanya hatiku.

sandwich tu saya potong kecil2.....ble sekali ngap jer....senang dan tak jatuh2 intinya nanti.

Roti yang dibakar sempurna tahan lebih lama. Pastikan dah sejuk betul2 baru simpan dalam bekas supaya roti tak berpeluh dan jadi lembab.

Resepi Roti Wholemeal @ ZLC

440 gm tpg roti
60 gm tpg wholemeal
10 gm yis (guna sepaket 11 gm tu pn ok)
50 gm gula castor
5 gm improver ( saya guna 10 gm kfine cream)
50 gm butter/margerin
290-300 ml air ais + 2 sb susu pekat.
5 gm garam (saya tambah)

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. Tumbuk doh. Bahagikan adunan....saya guna ring roti arab. Berat doh 110 gm seketul. Dah siap bentuk, biarkan naik dua kali ganda atau proof 30 minit. 15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 180 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.


Untuk Inti sardin

1 tin sardin - toskan kuahnya - hancurkan
Sedikit garam
Cili padi atau cili merah buang biji dan cincang kecil
Bawang besar cincang kecil
Sedikit perahan limau
Tomato buang biji dan cincang kecil
Mayonis (pilihan)

Satukan dan gaul rata


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...