Monday, March 14, 2016

Pasta with fresh tomato basil sauce

Menu sarapan pagi. Kuahnya saya dah masak malam hari sebab kuah ni kena renihkan agak lama untuk pekatkan sedikit. Saya guna tomato segar, basil dan salam segar. Kebiasaan saya bila ada offer tomato di pasar atau pasaraya saya akan beli dalam kuantiti yg banyak. Saya rebus tanpa air hingga tomato lembik dan simpan dalam freezer.  Mudah bila-bila nak guna untuk buat kuah pasta. Basil dan salam saya ambil dari dalam pasu kat ladang sekangkang kera depan rumah tu jer. Biasa kalau buah kuah ni saya akan buat lebih dan bekukan dalam freezer.


 Fresh tomato basil sauce @ ZLC

3 kg tomato rebus tanpa air hingga lembik - lenyek2 kan sedikit supaya sedikit hancur
secekak daun basil (sweet thai basil)
10 helai daun salam
garam secukup rasa
sedikit gula jika suka  (saya tak letak tapi kalau tak suka rasa masam boleh letak sedikit)
1 kg daging cincang (saya rebus sekilo daging segar dan kisar halus)
8 ulas bawang putih (basuh dan tumbuk dengan kulit2nya)
1 sb lada hitam yang telah ditumbuk kasar
1/4 cawan cili kering kisar
Minyak zaiton untuk menumis

Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan tomato dan masak hingga mendidih. Masukkan daging dan bahan2 lain dan renehkan hingga kuah  agak pekat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...