Sunday, March 6, 2016

RESEPI RASAM MAMAK PENANG.



 Lama jugak perap resepi ni. alasannya sebab tak jumpa2 cari serbuk asafoefida. sekali gitu pegi shopping barang dapur, belek2 kat tempat rempah ratus tu, ternampak serbuk asafoefida ni....tulisan haluih je.....terus amik. balik umah terus masak rasam menggunakan resepi mamak haji ni. cuma saya pecahkan telur dalam sup tu. Saya suka guna resepi mamak haji sebab penerangan dia complete.....senang nak ikut....

Masakan tradisi kaum india....jom kita cuba.

RESEPI RASAM MAMAK PENANG

BAHAN-BAHAN: 

5 tomato (bersaiz sedang dikerat empat bahagian).
1 biji bawang merah labu dihiris.
4 ulas bawang putih dibuang kulit dan diketuk. (ada juga tidak membuang kulit tetapi mamak haji tak galakan cara ini).
asam Jawa bersaiz bebola lemon di larutkan dalam 1 cawan air.
1 sudu besar (tbsp) gula pasir (biasanya menggunakan “jaggery” – gula merah /gula  dari tebu yang belum diproses). Tapi pakai gula pasir warnanya molek. 
2 tangkai cili hijau dibelah dua.
1 sudu besar serbuk ketumbar.
*1 sudu besar serbuk jintan putih.
*1 sudu kecil serbuk jintan manis.
*1/2 sudu besar biji lada hitam.
*2 sudu kecil garam atau secukup rasa.
5 cawan air.

BAHAN UNTUK TUMIS DARAT.

1 sudu kecil biji sawi.
1 sudu kecil biji jintan putih.
10 helai daun kari atau dua tangkai.
3-4 tangkai cili kering dipotong dua.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
secubit serbuk asafoefida
2 sudu besar minyak untuk menumis.
Nota: Serbuk Rempah yang bertanda * beli jenis biji dan perlu digoreng kering dan dikisar halus. kalau malas, tumbuk saja gunakan lesong. Serbuk seperti ini boleh buat lebih dan disimpan dalam botol yang kedap udara. Rempah-rempah ini sentiasa akan digunakan dalam siri resepi mamak haji.

CARA-CARA:

1. Perah asam jawa dengan 1 cawan air. Asingkan.
2. Masukkan 5 cawan air kedalam periok bersama dengan tomato, bawang putih dan bawang yang telah dihiris. Mendidihkan air.
3. Perlahan api dapur dan masukkan semua rempah-rempah yang telah dijadikan serbuk dan reneh selama 15 minit. Setelah agak mendidih, masukkan air asam, gula dan garam. Pastikan rasam tidak mendidih, rasam TIDAK BOLEH DIDIH,/boiled. Rasam selepas masukkan air asam jawa perlu reneh dalam masa  10 -15 minit.
4. Sediakan tumis darat dengan panaskan kuali, masukkan minyak masak. Bila minyak panas masukkan biji sawi. Bila rempah ini mula meletup (awas jangan sampai hangit, ia akan pahitkan rasa nanti), masukkan daun kari, cili kering dan serbuk kunyit dan serbuk astofieda.
5. Bila cili kering mula garing, keluarkan kuali dari api dapur dan hasil gorengan tadi, masukkan dalam bekas rasam. Dah siap.
6. Rasam anda telah siap. Paling mudah dan cepat sekali.
7. Rasam dibuat dengan berbagai cara dan jenis. Ini adalah rasam tomato paling mudah dan lazat. Rahsia cara buat rasam ialah, “jangan sekali-kali mendidihkan rasam setelah masukkan rempah”. Cara masak rasam adalah cara simmering iaitu cuma bahgian atas rasam yang mengelegak dengan  api dapur yang kecil. Selamat mencuba. Wassalam.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...