Wednesday, March 2, 2016

Cheesekut



Lama jugak tak buat cheesekut ni. Harini terlebih rajin pulak. Biskut meri perisa kopi ada lagi. Creamcheese pun ada, thick cream pun ada. Kalau ada buah mangga masak atau strawberry, boleh juga lapiskan antara biskut2 tu......tak sabar nak tunggu esok....nak makan ciskut cedap lemak berkeju ni...

😞 kena tunggu besok ke....heh heh heh.....takkan....petang tadi dah ngap pun....selamat.....




Cheesekut ala ZLC

250 gm Cream cheese
200 gm thick cream
1/2 tin susu pekat (ikut nak manis mana)

Kisar hingga sebati selama 10 minit.

Biskut meri atau cream crackers
Nestum (optional - kali ni tak letak pun)
Susu segar (kali ni tak guna pun - tak celup pun sekut tu dulu)
Keju cheddar - parut
Coloured/chocolate rice

Susun biskut dalam bekas. Tuang adunan keju. Ulang proses tiga empat lapis dan akhiri dengan adunan keju. Tabus parutan keju. Dan tabur coloured rice. Simpan dalam peti sejuk tiga empat jam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...