Wednesday, March 2, 2016

Apple caramel cheese puddings

Minum petang dah siap. Arini sempat cipta resepi puding keju epal karemel yang niat asalnya nak buat apple up-side down cake. Tapi malas nak keluar mixer dan adun cake jadi saya buat la puding ni jer. Sedap weh....tak tunggu sejuk dah dipotong.  Anak tak sabar nak makan dan bawa bekal pegi sekolah. 


Apple caramel cheese puddings (original ZLC)
 
Bahan-bahan A 

250g cream cheese
200gm sour/thick cream
1/2 biji jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
3 biji telur gred C
90g gula + 5 sb susu pekat manis

Topping caramel

3 biji apple hijau - buang kulit dan hiris nipis
1 sk serbuk kulit kayu manis (optional - kalau tak letak pun ok jer, tak semua orang suka rasa kulit kayu manis ni)
1 sb mentega
1/2 cawan gula
1/2 biji jus lemon

Cara-cara

Cairkan gula hingga berwarna perang. Masukkan mentega kan kacau sebati. Masukkan jus lemon. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang. Susun hirisan apple di atas caramel. Taburkan serbuk kulit kayu manis. 

Panaskan oven 170 degree. 

Masukkan semua bahan-bahan A ke dalam mixer atau blender. Kisar sebati selama 10 minit.
Tuangkan adunan keju ke dalam loyang apple tadi. Ambil satu loyang yang lebih besar. Tuangkan air panas mendidih (1/4 loyang jer). Kemudiaan letakkan loyang adunan pudding ke dlmnya. Bakar selama 40-45 minit.
Bila dah masak terbalikkan  pudding ke dalam bekas hidangan dan sejukkan seketika sebelum di masukkan ke dlm peti ais. 

Sedap dihidang sejuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...