Tuesday, March 1, 2016

Labu goreng celup tepung



Labu goreng celup tepung ni sambungan misi menghabiskan stok labu.... Dah masak lemak putih, bingka labu, dah goreng ni pun masih berbaki....bakinya tu nak buat rebus dengan daun kunyit pulak.....


Macam2 menu boleh dibuat guna labu ni.....nak tak nak jer buat. Goreng ni first time buat, ikut cadangan pak udin @ kelentang kelentung. Sedap gak...macam rasa keledek oren goreng jer. Kalau salut tepung tu pulak saya suka tepung lebih. Anak2 pun sama...nanti tepungnya jer yang habis....tinggal la labunya....ayah n atuk jadi tukang habiskan...





Labu goreng celup tepung @ ZLC


Adunan tepung


1 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung goreng pisang adabi atau tepung jagung

Garam secukup rasa

Air secukupnya (dlm secawan lebih)


Satukan dan kacau rata.


Kupas labu dan hiris dlm seinci tebal...saiz sederhana

Minyak untuk menggoreng



Kalau takde tepung adabi tu apa kata cuba resepi di bawah ni untuk dapat tepung yg rangup.

Labu manis goreng rangup

Oleh:Roziyanty Juhari
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bancuhan tepung

3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
Garam
Minyak panas
Air

* satukan tepung gandum dan tepung jagung serta garam

*panas kan minyak dan letak pada tepung sehingga separuh dr tepung tue terkena minyak panas

* bancuh dgn air jgn terlalu cair...

1. Potong labu manis nipis dlm anggaran 1-2cm tebal. (Lg nipis lg sedap)

2. Celup dlm bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan

Sambal kicap

10 biji cili padi (sedap kalau yg hijau)
2 ulas bawang putih
Gula
Kicap manis

*tumbuk cili, bwg putih dan gula...

* dah lumat kacau kan dgn kicap manis

  




Satukan dan kacau rata. Celup labu dalam adunan tepung dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...