Monday, March 21, 2016

Sambal Tumis Sotong Campur Udang



Baru sempat nak update. Menu sarapan kat kampung. Cuti kali ni ramai juga yg berkumpul kat kampung. Udang baki goreng char kuay tiaw dan sotong cumi yang dibeli di pasar petang kuantitinya tak banyak sangat kalau nak di masak satu jenis jer. Jadi kena la campur udang ngan sotong tu. Saya masakkan sekali harung orang kata....nak masak asing2 leceh la pulak. Lagipun diorg ni sama jer kan keturunan air masin.....sabo je la ye...

Sambal ni nak makan dengan nasi lemak. Saya masak sambal, biras masak nasinya....gotong royong membawa berkat...


Sambal sotong campur udang ZLC

1 kg sotong cumi (sotong kecil yang nak masaknya, basuh2 terus masak....tak payah nak siang2)
20 ekor udang saiz XL
2 senduk cili kering kisar
*2 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
2 biji bawang besar potong bulat
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai ketuk
1 cawan air asam jawa cair

*Kisar. Masukkan minyak, cili dan * dalam kuali dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan serai dan gula kacau rata hingga gula cair. Masukkan pula air asam jawa. kacau sebati. Masukkan udang dan sotong. Tumiskan hingga kedua2nya masak. Perisakan dengan garam secukup rasa dan masukkan bawang hiris. Masak seketika hingga bawang sedikit layu. Tutup api dan sedia dihidangkan.

**** sesetengah orang suka sambal yang berminyak untuk kelihatan lebih menarik tapi saya biasanya menggunakan minyak yang tidak terlalu banyak. Cili kena masak betul2 hingga pecah minyak untuk menghilangkan bau cili mentah dan kurang enak dalam sambal tumis nih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...