Friday, March 4, 2016

Cucur udang kering


Menu ringkas jer pagi ni untuk sarapan pagi. Cucur udang kering yang dibancuh menggunakan air panas. Hasilnya cucur yg digoreng lembut di dalam dan rangup diluar. Kerangupannya kekal walau pun dah sejuk.

Untuk cucur yang lebih sedap saya tambahkan kucai yang diambil dari depan rumah. Nak letak hirisan daun kunyit atau daun bawang pun boleh juga. Terpulang pada citarasa.

Cucur udang kering @ ZLC

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji bawang besar
1/4 cawan udang kering
Secekak daun kucai dihiris kecil
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Satukan kucai ke dalam mangkuk dan kacau rata. Kisar bawang dan udang kering dengan 2 cawan air hingga lumat. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk kecil dan masak hingga mendidih. Tutup api. 

Kemudian tuangkan 1/3 bahan ini ke dalam mangkuk tepung. Adun rata. Tuang 1/3 lagi dan adun rata. Seterusnya tuang bakinya dan kacau sebati. Biarkan sejuk sedikit sebelum ambil adunan dan bentukkan sebesar guli. Celup tangan dalam air bagi mengelakkan adunan tepung melekat pada tangan. Susun atas dulang bebola tadi. Buat hingga adunan habis.  Kemudian panaskan minyak dan goreng bebola hingga keperangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...